Pahang sambut baik kelulusan bersyarat dua vaksin baharu

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang menyambut baik keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meluluskan pendaftaran bersyarat bagi dua produk vaksin, Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) dan Janssen Covid-19 Vaccine.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Adenovirus Type 5 Vector keluaran CanSino Biologics Inc, China dan Janssen Covid-19 Vaccine keluaran Johnson & Johnson, telahpun mendapat kelulusan Penyenaraian Penggunaan Kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurutnya, vaksin tersebut hanya memerlukan satu dos berbanding dua dos bagi vaksin sebelum ini.

"Kerajaan negeri amat berharap melalui kelulusan itu, kerajaan Persekutuan dapat menyegerakan pembelian sekali gus meningkatkan pembekalan vaksin untuk diagihkan di seluruh negara," katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sr Dri Noor Hisham melalui satu kenyataan memaklumkan KKM bersetuju memberi kelulusan bersyarat dua produk vaksin itu hasil Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-359 telah bersidang pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Comirnaty diluluskan untuk usia 12 tahun ke atas

Sebelum ini, Wan Rosdy meminta kerajaan Persekutuan menyegerakan pembekalan vaksin Covid-19 kepada negeri Pahang bagi memastikan pembangunan ekonomi dan sosial di negeri dapat dipulihkan secara lebih menyeluruh.

Melalui kenyataan beliau, ketika ini hanya 11.7 peratus rakyat Pahang telah menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula dengan fasa satu pada Mac lalu.

Artikel Berkaitan:

Malah purata penerima vaksin harian Pahang hanya sekadar 963 orang setiap hari iaitu jauh daripada sasaran berpunca dari kekurangan bekalan vaksin.

Sasaran 1.3 juta rakyat menerima vaksin pada 31 Disember 2021 hanya akan dicapai sekiranya pemberian vaksin harian adalah sebanyak purata 7,550 orang sehari.

ARTIKEL BERKAITAN: Persekutuan diminta segera pembekalan vaksin Covid-19