X

Kindly register in order to view this article
!

'Nak bantu, bagilah yang ada kualiti'

Syed Saddiq
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa kerajaan sengaja memberikan telefon pintar berkualiti rendah kepada pelajar kerana beranggapan mereka akan menggunakannya bagi tujuan lain seperti bermain permainan video.

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan seharusnya lebih mengutamakan aspek kualiti kerana pelajar akan menggunakan aplikasi yang memerlukan ruang peranti besar untuk melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Sengaja beri telefon kualiti rendah kerana bersangka buruk dengan pelajar. Nak bantu, bagilah yang ada kualiti. Pelajar boleh belajar dari Google Meet, Telegram dan YouTube. Memori telefon kena besar, nak buat panggilan video dengan guru.

“Kenapa nak susahkan pelajar?” ciapnya di Twitter beliau pada Isnin.

Pada Ahad, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud memaklumkan bahawa pengedaran 20,000 telefon pintar kepada pelajar dari keluarga B40 bagi program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) adalah dikhususkan untuk pembelajaran semata-mata.

Beliau berkata, tindakan tersebut dapat mengelakkan pelajar daripada penyalahgunaan peranti terbabit bagi tujuan seperti bermain permainan video.

Sebelum ini juga tular di media sosial video dimuat naik seorang YouTuber mendakwa sebuah syarikat telekomunikasi membekalkan telefon bimbit tidak berkualiti kepada pengguna di bawah subsidi Jaringan Prihatin bagi tujuan PdPR untuk golongan B40.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!