X

Kindly register in order to view this article
!

Lima dikompaun berkumpul dalam hotel

Soffian Santong
A
A

GEORGETOWN - Empat lelaki dan seorang wanita masing-masing dikompaun RM4,000 kerana didapati berkumpul dan meminum minuman keras di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dalam kejadian kira-kira 5.20 petang itu, kesemua mereka merupakan saudara-mara berusia 20 hingga 63 tahun.

Beliau berkata, kesemua mereka dikesan melakukan kesalahan berkenaan ketika polis menjalankan operasi pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar kawasan tersebut.

"Siasatan mendapati kesemua mereka mempunyai talian persaudaraan. Salah seorang daripada mereka datang dari Kuala Lumpur atas urusan kerja dan menginap di hotel tersebut.

"Empat lagi yang tinggal di daerah ini datang ke hotel tersebut untuk berjumpa dengan saudara dari Kuala Lumpur itu. Mereka kemudian berkumpul sambil meminum minuman keras," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, kesemua mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 10 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 dan hukuman di bawah Peraturan 17(1) peraturan yang sama.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!