X

Kindly register in order to view this article
!

Kertas siasatan kes pasangan halang tugas polis dilengkapkan

Pasangan suami isteri yang ditahan kerana menghalang tugas polis serta mengeluarkan kata-kata kesat dalam kejadian di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Persiaran Kewajipan di sini pada Rabu.
A
A

SUBANG JAYA - Polis sedang melengkapkan kertas siasatan melibatkan kes pasangan suami isteri yang ditahan kerana menghalang tugas polis serta mengeluarkan kata-kata kesat dalam kejadian di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Persiaran Kewajipan di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya sedang dalam proses untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Pihak polis sedang lengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya termasuk cadangan pertuduhan setiap kesalahan serta kompaun.

"Suspek wanita telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 11 Jun, manakala suspek lelaki masih dalam lokap," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Pada Rabu, sepasang suami isteri ditahan kerana menghalang tugas polis serta mengeluarkan kata-kata kesat dalam kejadian di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Persiaran Kewajipan di sini pada Rabu lalu.

Pemeriksaan polis turut menemui surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang disyaki palsu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ditahan kerana halang tugas polis, keluar kata kesat


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!