X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga resort didakwa dibina tanpa kebenaran di Pahang

PSAP gesa siasatan dijalankan ke atas resort terbabit yang didakwa turut menggunakan sumber air mentah tanpa kebenaran yang sah di bawah enakmen air. Gambar kecil: Haslihelmy
A
A

KUANTAN - Tiga buah resort yang terletak di sebuah daerah di Pahang didakwa telah dibina di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran sah.

Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli berkata, ia menimbulkan tanda tanya selepas menjalankan siasatan terhadap maklumat diperoleh mengenai resort terbabit.

Beliau mendakwa bukan sahaja pengoperasian resort tanpa kebenaran, tetapi turut menggunakan sumber air mentah tanpa kebenaran yang sah di bawah enakmen air.

"Bagaimana resort itu dibuka dengan kelulusan dan mematuhi syarat-syarat ditetapkan? Timbul persoalan bagaimana pemilik itu yang difahamkan bukan berasal dari negeri Pahang boleh membuka resort, chalet di tepi sungai?

"Siapa memberikan kebenaran kepada pemiliknya untuk membuka resort berkenaan? Adakah kerajaan negeri atau tiada kebenaran diberikan?," soalnya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kerajaan negeri Pahang diminta segera menyiasat mengenai perkara tersebut.

"Terdapat keraguan bagi pihak saya dan PSAP tentang operasi resort berkenaan terutama apabila ia dibuka berdekatan sungai.

"Adakah wujud pelanggaran syarat-syarat tanah, pencerobohan tanah milik kerajaan atau lain-lain kesalahan termasuk membabitkan alam sekitar?" katanya.

Haslihelmy berharap persoalan-persoalan itu segera disiasat oleh pihak berwajib termasuk kerajaan Pahang.

Tegasnya, jika individu itu didapati bersalah, tindakan perlu diambil berdasarkan undang-undang sedia ada.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!