X

Kindly register in order to view this article
!

Eriksen mungkin perlu bersara

Christian Eriksen
A
A

PEMAIN tengah Denamrk dan Inter Milan, Christian Eriksen mungkin terpaksa melupakan kariernya dalam bola sepak selepas insiden rebah secara tiba-tiba dalam aksi Euro 2020 antara Denmark dan Finland di Stadium Parken, Copenhagen pada awal pagi Ahad.

Pakar Kardiologi dalam bidang sukan di Universiti London St George’s, Sanjay Sharma berkata, risiko besar menanti pemain berusia 29 tahun itu sekiranya terus beraksi di peringkat tertinggi dan bermain dalam perlawanan yang kompetitif.

Sharma yang pernah bekerjasama dengan Eriksen ketika pemain itu beraksi bersama Tottenham Hotspur mengakui ada sesuatu yang tidak kena dengan kesihatan pemain itu walaupun punca sebenar insiden tersebut belum diketahui.

"Saya sangat lega apabila mengetahui dia sudah sedar dan dalam keadaan stabil. Namun, saya tidak pasti adakah dia perlu terus bermain bola sepak lagi.

"Faktanya, dia sudah 'meninggal dunia' untuk beberapa minit hari ini. Adakah pasukan perubatan akan membiarkan ianya berlaku lagi? Saya rasa tidak," katanya.

Eriksen mencetuskan kebimbangan selepas rebah secara tiba-tiba pada minit ke-43 perlawanan dengan pasukan perubatan Denmark terpaksa memberikan bantuan kecemasan selama beberapa minit di atas padang.

Hasil tindakan pantas pasukan perubatan Denmark menyelamatkan nyawa Eriksen dengan pemain itu kembali sedar sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lajut.

Kesatuan Bola Sepak Denmark juga mengesahkan Eriksen dalam keadaan stabil dan sudah boleh bercakap selepas sedar daripada insiden itu.

Dalam pada itu, Sharma yang aktif memberikan seminar berkaitan kesihatan jantung pemain bola sepak di England menjelaskan Eriksen pastinya tidak akan dibenarkan bermain bola sepak lagi sekiranya masih beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun, keputusan kini berada di tangan Eriksen dan kelabnya iaitu Inter Milan berkaitan masa depan pemain itu nanti.

"Perkara baik adalah dia masih hidup dan khabar burunya adalah dia perlu segera melupakan bola sepak. Adakah dia masih boleh terus bermain secara porfesional? Saya tidak dapat memberikan jawapan kerana di beraksi di Itali.

"Jika di EPL, dia pasti tidak akan diberikan kebenaran bermain kerana peraturan sangat ketat di sini," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!