Shahmalarani sumbang emas ketiga Malaysia

Shahmalarani. Foto Facebook MSN
Shahmalarani. Foto Facebook MSN
A
A
A

ATLET karate negara, C Shahmalarani meneruskan rentak cemerlang kontinjen Malaysia apabila menyumbangkan pingat emas ketiga pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 pada Rabu.

Shahmalarani muncul juara kumite wanita bawah 50 kilogram (kg) selepas menewaskan wakil Hong Kong, Tsang Yee Ting dalam pertarungan final di Toyohashi Gymnasium.

Pertarungan itu berakhir tanpa sebarang mata daripada kedua-dua atlet selepas tempoh tiga minit sekali gus memaksa keputusan ditentukan menerusi penilaian juri.

Sebelum melangkah ke pentas final, Shahmalarani terlebih dahulu menewaskan juara dunia tahun lalu dari Uzbekistan, Gulshan Alimardanova, 3-2 dalam aksi separuh akhir.

Kejayaan atlet berusia 27 tahun itu hadir pada hari sama Taj Izrin Aiman Taj Madira menyumbangkan emas menerusi acara e-sukan Perlumbaan Gran Turismo 7 (GT7).

Sehari sebelumnya, Adeola Fay Robert membuka akaun emas kontinjen negara di Aichi-Nagoya selepas menjuarai kumite wanita bawah 55kg.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!