Tiada negara mahu terima Rohingya

Pelarian etnik Rohingya ditempatkan di depot tahanan imigresen di Malaysia. Gambar kecil: Khairul Dzaimee
Pelarian etnik Rohingya ditempatkan di depot tahanan imigresen di Malaysia. Gambar kecil: Khairul Dzaimee
A
A
A

MALAYSIA berdepan dengan kesukaran untuk menghantar pulang pelarian etnik Rohingya kerana negara asal enggan menerima mereka.

Lebih memburukkan keadaan, tiada mana-mana negara yang mahu menerima pelarian tersebut menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama dan terus menetap di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, ekoran keadaan itu, pelarian Rohingya tidak dapat diusir keluar setakat ini.

“Sejak tahun 2019, pelarian etnik Rohingya ini ditahan di depot tahanan imigresen di seluruh negara.

“Jumlah semasa mereka yang ditahan adalah seramai 1,998 orang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat yang mendedahkan pelarian etnik Rohingya membayar hingga RM10,000 kepada ejen atau sindiket untuk masuk ke Malaysia secara haram.

Berikutan situasi itu, penyeludupan manusia melibatkan warga Rohingya boleh dikatakan sebagai penyeludupan diri yang direlakan.

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim), Laksamana Maritim Datul Mohd Zubil Mat Som dilaporkan berkata, bayaran itu dibuat sekurang-kurangnya dua kali iaitu bayaran pendahuluan di kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh dan bayaran akhir sebaik tiba di Malaysia.

Pada 1 Jun lalu, Khairul Dzaimee dilaporkan berkata, pelarian Rohingya yang ditahan di depot tahanan imigresen seluruh negara tidak akan dihantar pulang buat masa ini disebabkan keengganan Myanmar menerima mereka.

Walaupun mereka adalah pendatang asing tanpa izin (PATI), namun berdasarkan undang-undang dan peraturan imigresen, mereka tidak boleh diusir kerana negara asal tidak mahu menerima mereka menyebabkan proses penyediaan dokumen tidak dapat dilakukan.

Selagi pelarian itu masih bergelar PATI dan selagi tidak ada negara (ketiga) lain dapat menerima mereka, maka PATI etnik Rohingya ini akan terus ditahan di Malaysia.

Pada ketika ini kesemua pelarian itu telah dipindahkan dari Kem Wawasan Negara, Langkawi ke Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang dan Bidor, Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia, Bangladesh dan Myanmar perlu kerjasama hapus sindiket