Jawatankuasa darurat terbubar jika tubuh Mageran

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan Dr Mahathir membawa usul penubuhan satu pasukan khas seperti yang pernah diguna pakai pada 1969 iaitu Mageran bagi menangani krisis-krisis yang sedang melanda negara.
Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan Dr Mahathir membawa usul penubuhan satu pasukan khas seperti yang pernah diguna pakai pada 1969 iaitu Mageran bagi menangani krisis-krisis yang sedang melanda negara.
A
A
A

SHAH ALAM - Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang ditubuhkan sebelum ini akan terbubar dengan sendiri sekiranya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan cadangan penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran).

Pakar Perundangan, Profesor Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak ketika darurat dalam menentukan sebarang keputusan.

“Apabila Yang di-Pertuan Agong bersetuju tubuh Mageran, perdana menteri perlu menyerahkan nama yang akan terlibat dalam jawatankuasa itu.

“Nama-nama tersebut akan dilihat terlebih dahulu oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum diperkenankan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Abdul Halim Sidek
Abdul Halim Sidek

Mengulas lanjut mengenai Mageran, beliau berpandangan jawatankuasa tersebut mampu membantu kerajaan dalam membuat keputusan untuk mengelakkan sebarang keraguan dan pertikaian oleh mana-mana pihak.

Menurut beliau, Mageran yang ditubuhkan pada 1969 itu mempunyai sistem dan terma yang lebih jelas dan diyakini keberkesanan dalam membantu memulihkan negara satu ketika dahulu.

Namun ujar beliau, sistem Mageran perlu dilihat kembali dan perlu disesuaikan berdasarkan keadaan semasa negara kerana situasi pada ketika ini berbeza daripada yang terjadi pada tahun 1969.

Artikel Berkaitan:

“Jika kita lihat jawatankuasa yang ditubuhkan ketika ini, dilihat kurang berfungsi terutamanya dalam membuat keputusan.

“Sebab itu kita lihat ada dalam kalangan pemimpin ada yang bercanggah idea dan pendapat sehingga menyebabkan keputusan yang dilakukan bercelaru sehingga membawa impak negatif kepada negara ketika Pandemik Covid-19,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M bawa usul penubuhan Mageran ketika menghadap Agong

ARTIKEL BERKAITAN: Mageran 2.0 solusi tuntas tangani tri-krisis