Econsave sumbang 400 pek makanan kepada petugas kesihatan

Zamzuri (kiri) hadir menyampaikan sumbangan pek makanan kepada petugas kesihatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada Khamis.
Zamzuri (kiri) hadir menyampaikan sumbangan pek makanan kepada petugas kesihatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada Khamis.
A
A
A

ALOR SETAR - Pasar raya Econsave menyampaikan bantuan 400 pek makanan kepada petugas kesihatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Pengurus Besar Econsave Bahagian Utara 1, Zamzuri Mansor berkata, sumbangan ikhlas yang dihulurkan itu adalah untuk menghargai petugas kesihatan yang telah bertungkus-lumus memastikan semua pesakit Covid-19 dalam keadaan baik.

Menurutnya, mereka sentiasa bekerja tanpa mengira masa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan oleh kerajaan sejak Mac tahun lalu.

"Bagi menghargai petugas kesihatan ini, pihak Econsave mengambil peluang ini dengan memberi sumbangan berupa barang-barang makanan kering kepada pihak hospital iaitu sebanyak 400 pek makanan.

"Program ini diharapkan dapat membantu petugas barisan hadapan yang tetap berdiri teguh melawan wabak Covid-19," katanya kepada Sinar Harian di HSB di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, sebanyak 300 pek makanan telah disumbangkan kepada HSAH pada 3 Jun lalu dan selebihnya diagihkan kepada HSB pada Khamis.

"Program Econsave Prihatin juga sentiasa membantu dan memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa kerana ini juga merupakan tanggungjawab sosial kita dalam memastikan semua masyarakat setempat hidup dalam keadaan baik serta membina masyarakat penyayang," ujarnya.

Tambah Zamzuri, semoga dengan langkah yang diambil oleh Econsave dapat menarik ramai lagi pihak lain untuk turut serta membantu dan memberikan sumbangan kepada masyarakat setempat.

Artikel Berkaitan: