X

Kindly register in order to view this article
!

PKP 3.0 dilanjut dua minggu lagi sehingga 28 Jun ini

Ismail Sabri
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan disambung untuk tempoh dua minggu lagi berkuatkuasa pada Selasa depan sehingga 28 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian yang masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga Khamis ialah 6,871 kes.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentang dan mencadangkan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat supaya PKP 3.0 dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, senarai positif atau negatif dan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini.

“Mengenai senarai tersebut, ia boleh dirujuk di laman sesawang kementerian berkaitan dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my.

“Memandangkan semua senarai positif atau negatif dan SOP adalah sama seperti sebelum ini, maka saya berharap tiada lagi kekeliruan dalam pelaksanaan penguatkuasaan SOP,” katanya.

Ismail berkata, beliau tidak mahu rakyat terkesan dengan salah tafsiran berhubung SOP di lapangan oleh penguat kuasa.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!