Warga Kemboja didakwa bunuh Siti Masitah

Mohd Amirul Abdullah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rompin di sini hari ini atas pertuduhan membunuh Siti Masitah di kawasan belukar di Pekan di sini, 30 Januari lalu.
A
A

ROMPIN - Seorang warga Kemboja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rompin di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak di kawasan belukar di Pekan di sini, 30 Januari lalu.

Tertuduh, Mohd Amirul Abdullah, 23 didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian ke atas Siti Masitah Ibrahim,11, di kawasan belukar Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan antara jam 5.50 petang hingga 8 malam pada hari berkenaan.

Tertuduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan dari tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Azizah Ahmad.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Syamsul Kahar Ahmad Nadri manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Deniel Roslan

Mahkamah kemudian menetapkan 25 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mayat Siti Masitah ditemui kira-kira jam empat petang, 9 Februari lalu dalam keadaan tidak sempurna selepas 11 hari hilang.

Kanak-kanak malang itu dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 5 petang, 30 Januari lalu sebelum membuat laporan polis pada hari sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan dilapor berkata, suspek lelaki berusia 23 tahun ditahan pada 2 pagi, 31 Januari lalu bagi membantu siasatan kehilangan Siti Masitah sebelum dia mengaku membunuh mangsa akibat dendam.

Hasil bedah siasat mendapati Siti Masitah mengalami kecederaan parah di kepala yang membawa kepada kematiannya.

ARTIKEL BERKAITAN Siti Masitah dibunuh kerana dendam

H-Warga kemboja didakwa bunuh Siti Masitah. ROMPIN-Seorang warga Kemboja di Mahkamah Majistret Rompin di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak di kawasan belukar di Pekan di sini, 30 Januari lalu. Tertuduh, Mohd Amirul Abdullah, 23 telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Siti Masitah Ibrahim, 11 di kawasan belukar Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan antara jam 5.50 petang hingga 8 malam pada hari berkenaan Tertuduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan dari tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Azizah ahmad Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Syamsul Kahar Ahmad Nadri manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Deniel Roslan Mahkamah kemudian menetapkan 25 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes. LAPORAN MOJO SINAR HARIAN KUANTAN AIMAN SADIQ ABDULLAH

Posted by Sinar Harian Edisi Pahang on Friday, February 22, 2019