Wijnaldum congak cabaran baharu

Wijnaldum berbesar hati kerana berpeluang beraksi bersama PSG yang disifatkannya salah satu kelab terbaik di Eropah.
Wijnaldum berbesar hati kerana berpeluang beraksi bersama PSG yang disifatkannya salah satu kelab terbaik di Eropah.
A
A
A

PEMAIN tengah Belanda, Georginio Wijnaldum menyifatkan mencongak cabaran baharu setelah menandatangani kontrak bersama gergasi Ligue-1, Paris Saint Germain (PSG).

Wijnaldum berkata, dia sangat berbesar hati kerana berpeluang untuk beraksi bersama PSG yang disifatkannya sebagai salah satu kelab terbaik di Eropah.

Justeru, pemain berusia 30 tahun itu turut berjanji untuk memberikan yang terbaik sepanjang tempoh kontraknya bersama skuad Les Parisiens itu.

“Menandatangani kontrak bersama PSG adalah satu penghormatan dan juga cabaran baharu bagi saya kerana saya bakal beraksi bersama kelab yang diiktiraf sebagai antara yang terbaik di benua Eropah.

“Untuk itu, saya mahu membawa bersama segala keazaman serta komitmen saya bagi membantu PSG melakar melakar lebih banyak kejayaan,” katanya.

Kehadiran Wijnaldum di Le Parc des Princes itu diumumkan menerusi satu kenyataan media kelab berkenaan pada Khamis.

Untuk rekod, sebelum ini, Wijnaldum telah membuat sebanyak 237 penampilan serta menjaringkan 22 gol bersama Liverpool dalam semua pertandingan selain membantu The Reds muncul selaku kelab paling berjaya abad ini dengan menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Juara-juara, Piala Super UEFA dan Piala Kelab Dunia UEFA bersama The Reds.

Sementara itu, Wijnaldum turut yakin PSG akan bangkit sebagai kelab yang disegani di Eropah seperti sebelum ini berdasarkan kepada beberapa kejayaan yang diraih sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Artikel Berkaitan:

“Bagi saya, PSG telah pun membuktikan betapa berjayanya kelab berkenaan dalam tempoh beberapa tahun ini.

“Oleh itu, saya percaya dengan sokongan padu penyokong, PSG mampu pergi lebih jauh dan tinggi selepas ini,” katanya.