Liverpool intai dua pemain tengah

Klopp - Foto Agensi
Klopp - Foto Agensi
A
A
A

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp dilaporkan mahu memperkasakan lagi bahagian tengah The Reds menerusi pembelian dua pemain pada jendela perpindahan musim panas ini.

Jentera tengah The Reds perlu dikukuhkan ekoran penghijrahan James Milner, Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain selepas kontrak mereka tamat.

Pemain sensasi, Fabinho dan Jordan Henderson juga dijangka angkat kaki meninggalkan Anfield selepas mendapat tawaran lumayan daripada kelab Arab Saudi.

Liverpool sudah membelanjakan 95 juta juta (RM564 juta) untuk mendapatkan Alexis Mac Allister dan Dominik Szoboszlai dari Brighton dan RB Leipzig.

Dilaporkan menerusi penjualan beberapa pemain, Liverpool dan Klopp mahu menambah dua lagi pemain tengah pada musim panas ini, kata satu sumber.

“Liverpool berminat dengan pemain tengah Crystal Palace, Cheick Doucoure susulan prestasi menarik pada musim pertamanya dalam arena bola sepak Inggeris.

“Beberapa nama lain turut berada dalam senarai termasuk pemain Southampton, Romeo Lavia, bintang Borussia Monchengladbach, Manu Kone dan pemain tengah Nice, Khephren Thuram,” ujar sumber itu.

Pemain tengah bertahan sangat diperlukan selepas pemergian Fabinho boleh memberi kesan ke atas skuad Merseyside itu.