Bilik 'standby' trafik IPD SPU terbakar

Bilik persediaan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seberang Perai Utara yang terbakar pagi Khamis.
Gambar bawah: Anggota bomba melakukan kerja memadamkan kebakaran.
Bilik persediaan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seberang Perai Utara yang terbakar pagi Khamis. Gambar bawah: Anggota bomba melakukan kerja memadamkan kebakaran.
A
A
A

KEPALA BATAS - Bilik persediaan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di sini, terbakar pagi Khamis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 4.33 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Kepala Batas bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Menurutnya, bilik persediaan terbabit terbakar hampir 60 peratus.

"Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya. Operasi berkenaan turut mendapat bantuan daripada Balai Bomba dan Penyamat Bertam dan Kuala Muda," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian berkenaan tidak melibatkan sebarang kecederaan anggotanya mahupun kemalangan jiwa.

Beliau berkata, kebakaran itu disedari seorang anggota yang berada dalam bilik terbabit apabila berasa sesak nafas dan panas.

"Anggota itu nampak api marak bermula di bahagian tingkap dan bergegas keluar sebelum memaklumkan kepada seorang lagi rakan setugasnya.

"Kebakaran membabitkan bilik persediaan (standby) anggota trafik yang beroperasi selama 24 jam," katanya.

Artikel Berkaitan: