Anggota polis trafik kena saman guna parkir OKU

Video dan gambar yang tular memaparkan sebuah motosikal jenis Honda ST 1300, dikunci oleh seorang pengawal keselamatan sebuah pangsapuri di Petaling Jaya, pada jam 11.30 pagi Isnin lalu.
Video dan gambar yang tular memaparkan sebuah motosikal jenis Honda ST 1300, dikunci oleh seorang pengawal keselamatan sebuah pangsapuri di Petaling Jaya, pada jam 11.30 pagi Isnin lalu.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang anggota polis trafik dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur telah disaman selepas meletakkan motosikal di kawasan parkir kenderaan Orang Kurang Upaya (OKU).

Terdahulu tular satu video dan gambar menerusi aplikasi Twitter yang menunjukkan motosikal jenis Honda ST 1300, dikunci oleh seorang pengawal keselamatan sebuah pangsapuri di Petaling Jaya, pada jam 11.30 pagi Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, telah mengeluarkan saman terhadap anggota yang menunggang motosikal berkenaan.

"Kita telah mengeesan satu gambar yang tular itu yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter, sebelum siasatan lanjut dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pengguna jalan raya termasuk agensi penguat kuasa yang tidak mematuhi peraturan.

"Tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arah papan tanda jalan," katanya.

Menerusi video dan gambar yang tular, anggota polis terbabit menunggu motosikalnya yang dikunci dibuka oleh seorang pengawal keselamatan kawasan kediaman berkenaan.

Anggota polis trafik terbabit kemudian beredar selepas kunci motosikalnya dibuka.