X

Kindly register in order to view this article
!

Warisan dijangka menghadap Agong minggu ini

Mohd Shafie Apdal
A
A

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan Sabah Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada minggu ini.

Bagaimanapun, sumber terdekat berkata, tarikh sebenar beliau dipanggil menghadap tidak dapat didedahkan.

"Mungkin dalam minggu ini," katanya ringkas kepada Sinar Harian pada Selasa.

Difahamkan, Mohd Shafie sudah menerima surat berkenaan sejak tiga hari lalu, bagaimanapun kenyataan rasmi daripada Warisan berhubung perkara itu dijangka akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Desas desus mengatakan kesemua ketua parti politik dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong sudah diperkatakan sejak Isnin dan beberapa parti telah mengesahkan perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pejuang sahkan dipanggil menghadap Agong


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!