X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

'Total lockdown': Sarawak peruntuk RM35.5 juta untuk bantuan makanan

Kerajaan negeri Sarawak memperuntukkan RM35.5 juta untuk menyalurkan bekalan makanan kepada golongan B40 di bawah pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan sehingga 14 Jun depan.
A
A

KUCHING - Kerajaan negeri Sarawak memperuntukkan sejumlah RM35.5 juta untuk menyalurkan bekalan makanan kepada golongan B40 di bawah pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan sehingga 14 Jun depan.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, sejumlah 472,923 ketua isi rumah (KIR) di seluruh negeri ini layak menerima bantuan itu iaitu sejumlah 49,811 daripada KIR telah menerima bantuan mereka setakat ini.

“Diharap rakyat Sarawak yang masih belum menerima bantuan makanan bersabar menunggu kerana pengagihan mungkin mengambil sedikit masa dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh ini,” katanya pada sidang akhbar selepas simbolik penyerahan Bantuan Makanan di Masjid Darul Ehsan Kampung Haji Baki di sini pada Selasa.

Abang Johari berkata, bagi memastikan bantuan makanan dapat diagihkan segera selewat-lewatnya pada 11 Jun depan, pelbagai jenis pengangkutan seperti pengangkutan udara, darat dan air akan turut digunakan terutamanya di kawasan yang sukar untuk diakses.

Beliau berkata, kerajaan negeri Sarawak akan bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia dan pelbagai lagi agensi kerajaan yang berkaitan (untuk mempercepatkan penyampaian bantuan) dan menyeru agar seluruh rakyat terus mematuhi SOP bagi mengatasi penularan Covid-19. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!