X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan digesa siasat, atasi kenaikan harga minyak masak

FOMCA menggesa kerajaan supaya mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan isu kenaikan harga minyak masak di negara ini dapat diatasi. Gambar kecil: Mohd Yusof Abdul Rahman
A
A

SHAH ALAM - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa kerajaan supaya menyiasat dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan isu kenaikan harga minyak masak di negara ini dapat diatasi.

Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) perlu mengkaji mengenai kenaikan tersebut

Katanya, walaupun tidak dikawal oleh kerajaan tetapi perkara itu perlu beri perhatian kenapa kenaikan harga itu boleh berlaku.

“Pada masa yang sama, kerajaan boleh mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Akta Antipencatutan 2011 jika ada yang menaikkan harga yang tidak munasabah.

“Kita tidak pasti sama ada berlakunya permintaan yang tinggi atau kenaikan harga barang mentah yang menyebabkan kenaikan harga minyak,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Menurut Mohd Yusof, walaupun harga mentah minyak sawit meningkat namun ia tidak sepatutnya memberi kesan kenaikan kepada harga minyak masak.

“Jadi dalam hal ini, kita berharap supaya kerajaan perlu menyiasat dan memastikan kenaikan itu tidak berlaku,” katanya.

Mohd Yusof memberitahu, kenaikan harga minyak masak negara dalam keadaan sekarang tidak sepatutnya berlaku kerana ia memberi kesan kepada pengguna.

“Masyarakat sekarang hanya duduk di rumah dan ada yang berhadapan dengan pelbagai isu seperti tidak bekerja dan dikurangkan pendapatan,” jelasnya.

Pada awal Januari lalu, harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) pada harga RM19 hingga RM22 meningkat kepada RM27.

Kenaikan tersebut dilaporkan meningkat selepas tiga bulan sebanyak antara RM28 hingga RM34.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Terkejut minyak masak mahal’

Harga minyak masak naik enam kali

Kerajaan digesa siasat, atasi kenaikan harga minyak masak

Minyak masak naik harga: KPDNHEP Selangor keluar 11 notis


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!