X

Kindly register in order to view this article
!

Abdul Hadi dimasukkan ke IJN

Abdul Hadi Awang
A
A

KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu dimaklumkan anak beliau, Muhammad Khalil dalam hantaran terbaharu di Facebook beliau sebentar tadi.

Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok berkata, keadaan Abdul Hadi stabil namun masih memerlukan rawatan susulan dan pemantauan oleh doktor.

Beliau turut memohon orang ramai supaya mengadakan solat hajat dan berdoa agar Abdul Hadi segera sembuh seperti sedia kala.

“Saya turut menerima pertanyaan tentang mesej-mesej yang tersebar, kebanyakannya adalah tidak benar dan ditokok tambah. InsyaAllah saya akan maklumkan keadaan ayahanda dari masa ke masa,” katanya.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan bila Ahli Parlimen Marang itu dimasukkan ke IJN.

Abdul Hadi pernah dimasukkan ke institut itu pada April lalu untuk menerima rawatan susulan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!