Warga asing tawar khidmat seks ditahan

Tiga wanita warga Thailand ditahan kerana menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM250 setiap sesi di sebuah hotel butik di Melaka Raya di sini pada Jumaat. Gambar kecil: Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad
Tiga wanita warga Thailand ditahan kerana menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM250 setiap sesi di sebuah hotel butik di Melaka Raya di sini pada Jumaat. Gambar kecil: Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad
A
A
A

MELAKA - Tiga wanita warga Thailand yang menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM250 setiap sesi ditahan polis dalam serbuan di sebuah hotel butik di Melaka Raya di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, serbuan pada jam 3.45 petang itu dilakukan sempena Op Sekatan Pergerakan Penuh.

Menurut beliau, hasil soal siasat kesemua mereka mendakwa mengiklankan perkhidmatan seks melalui aplikasi WeChat dan bayaran akan dikenakan setelah berjumpa pelanggan di hotel tersebut.

"Maklumat awal mendapati aktiviti pelacuran ini aktif di hotel terbabit sejak sebulan lalu.

"Ketiga-tiga wanita itu berjaya dikesan selepas sepasukan pegawai dan anggota membuat risikan. Ketika ditahan mereka dipercayai sedang menunggu pelanggan.

"Setiap pelanggan yang membuat tempahan akan dikenakan bayaran di antara RM240 hingga RM250 bagi setiap sesi, " katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.

Afzanizar berkata, kesemua wanita itu mengakui mengaut keuntungan dengan melayan minimum dua pelanggan setiap hari.

Tambahnya, dalam serbuan itu polis turut menahan dua lelaki masing-masing berusia 23 dan 52 tahun.

Artikel Berkaitan:

"Lelaki berkenaan merupakan penjaga hotel dan seorang lagi disyaki berperanan sebagai pembekal barangan keperluan kepada ketiga-tiga wanita itu.

"Kesemua yang ditahan dikenakan kompaun di bawah Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) 2021," katanya.

Dalam pada itu Afzanizar berkata, sejak awal tahun hingga bulan lalu, pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah telah menjalankan 15 serbuan membabitkan aktiviti pelacuran.