X

Kindly register in order to view this article
!

Kertas siasatan kes Tajuddin langgar SOP diserah ke Jabatan Peguam Negara

Tajuddin tidak memakai pelitup muka pada sidang akhbar berkaitan kemalangan tren LRT baru-baru ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah menyerahkan kertas siasatan bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, semua individu berkaitan untuk siasatan kes terbabit telah selesai dirakam keterangan.

"Kertas siasatan telah dihantar kepada AGC minggu lalu selepas proses rekod kenyataan mereka yang terbabit sudah dilakukan.

“Biar AGC memutuskan tindakan selanjutnya,” kata beliau ketika dihubungi pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat Tajuddin tidak pakai pelitup muka

Pada 27 Mei lalu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan telah memanggil Tajuddin untuk dirakam keterangan.

Selain itu, Mohamad Zainal turut mengesahkan memanggil Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga kakitangan Prasarana.

Sebelum itu, media melaporkan polis menjalankan siasatan terhadap Tajuddin susulan video yang tular di media sosial menunjukkan Tajuddin tidak memakai pelitup muka.

Pada sidang media itu, Tajuddin dilihat hanya memakai pelindung muka tanpa memakai pelitup muka.

Susulan itu, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!