X

Kindly register in order to view this article
!

Sepasang suami isteri ditahan disyaki dera kanak-kanak

Gambar hiasan
A
A

JEMPOL - Sepasang suami isteri ditahan selepas disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di sebuah rumah di Felda Raja Alias, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kedua-dua suspek masing-masing berusia 34 dan 35 tahun ditahan pada jam 4.10 petang selepas polis menerima laporan kejadian daripada orang awam.

"Mangsa merupakan anak bongsu daripada empat beradik dan tinggal bersama kedua-dua suspek selepas kematian ibu bapanya yang mana suspek lelaki merupakan abang kandung mangsa berlainan bapa.

"Pada hari kejadian, mangsa dipukul oleh isteri suspek menggunakan rotan sehingga luka dan berbirat di bahagian badan kerana mangsa membaling batu ke rumah orang," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Susulan itu katanya, mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut manakala kedua-dua suspek pula akan direman pada Sabtu.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya.

Beliau memberitahu, pada Ramadan lepas, mangsa pernah dipukul oleh abangnya itu dengan penyangkut baju kerana disyaki mencuri duit.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!