X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Sabah benarkan aktiviti derma darah sepanjang PKP

Masidi Manjun
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah membenarkan aktiviti derma darah dijalankan oleh Perkhidmatan Perubatan Transfusi Negeri Sabah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata kebenaran itu termasuk sesi pendermaan darah di unit bergerak dan di lokasi pendermaan tetap.

"Kebenaran ini sepanjang tempoh PKP termasuk PKP Bersyarat, PKP Diperketatkan dan PKP Pemulihan seluruh Sabah bagi menampung keperluan bekalan darah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Masidi berkata operasi perkhidmatan pengangkutan awam merentas daerah seperti bas ekspres dan perkhidmatan membawa barangan melalui bas ekspres pula tidak dibenarkan serta boleh dikompaun pihak berkuasa.

Dalam pada itu, beliau berkata Kluster Pulutan Nabawan direkodkan hari ini melibatkan 11 kes iaitu kes indeks seorang wanita orang kurang upaya berusia 56 tahun yang dikesan 31 Mei lepas, selepas mempunyai simptom batuk dan demam sebelum meninggal dunia dan dikebumikan, semalam.

"Susulan itu, seramai 97 individu termasuk kes indeks disaring dengan 10 daripadanya didapati positif manakala 86 lain masih menunggu keputusan ujian saringan pertama.

“Berdasarkan siasatan awal, kluster indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis penghormatan terakhir di Kampung Pulutan pada 30 dan 31 Mei lepas," katanya dengan menambah jumlah kes baharu Covid-19 di negeri itu meningkat kepada 287 kes hari ini (Jumaat) berbanding 203 kes, semalam (Khamis). Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!