Operasi sanitasi awam bukan satu pembaziran

Operasi sanitasi awam bukanlah satu pembaziran, sebaliknya merupakan salah satu usaha bagi mencegah kebarangkalian jangkitan Covid-19 daripada merebak. -Foto Bernama
Operasi sanitasi awam bukanlah satu pembaziran, sebaliknya merupakan salah satu usaha bagi mencegah kebarangkalian jangkitan Covid-19 daripada merebak. -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Operasi sanitasi awam bukanlah satu pembaziran, sebaliknya merupakan salah satu usaha bagi mencegah kebarangkalian jangkitan Covid-19 daripada merebak.

Setiausaha Politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nor Hizwan Ahmad berkata, langkah tersebut diambil sebagai jaminan kepada rakyat bagi meminimumkan risiko jangkitan serta memfokuskan kepada kawasan yang mempunyai kes aktif penularan Covid-19.

“Proses sanitasi ini bukanlah proses disinfeksi semata-mata. Istilah sanitasi awam ini merangkumi aktiviti nyahcemar, disinfeksi, cucian serta sanitasi awam.

“Ia jauh lebih menyeluruh. Sanitasi awam ini juga terapan norma baharu yang ingin dijadikan budaya dalam masyarakat agar sentiasa berada dalam selamat, bersih dan sihat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, pakar penyakit berjangkit, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, operasi sanitasi awam secara besar-besaran dilakukan di seluruh negara merupakan satu bentuk pembaziran sumber daya yang terhad.

ARTIKEL BERKAITAN: Operasi sanitasi besar-besaran pembaziran sumber daya: Dr Adeeba

Dr Adeeba yang juga Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, terdapat sumber yang boleh disalurkan dengan lebih baik di tempat lain.

Mengulas lanjut, Nor Hizwan meminta Dr Adeeba selaku salah seorang panel Task Force Covid-19 Selangor untuk menumpukan fokus kepada negeri Selangor yang mencatatkan kes tertinggi seluruh negara setiap hari.

Artikel Berkaitan:

“Marilah bersama mencari jalan keluar kerana sekarang bukan masanya untuk mencari salah siapa,” ujarnya.