Tiada kompaun berbasikal ke tempat kerja

Abd Khalid (kanan) menerima sumbangan air mineral yang disampaikan Al-Qalam kepada petugas barisan hadapan di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya pada Jumaat.
Abd Khalid (kanan) menerima sumbangan air mineral yang disampaikan Al-Qalam kepada petugas barisan hadapan di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya pada Jumaat.
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis tidak akan mengenakan kompaun terhadap individu yang berbasikal untuk ke tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, tindakan kompaun hanya dikeluarkan sekiranya basikal digunakan untuk aktiviti beriadah seperti yang ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh.

"Jadi saya mohon kepada orang ramai, patuhilah SOP ini, menjadi tanggungjawab kita bersama memastikan wabak Covid-19 ini dapat diperangi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima sumbangan makan tengah hari dan air mineral oleh Pertubuhan Sentuhan Kasih Al Qalam Malaysia (Al-Qalam) kepada petugas barisan hadapan di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya pada Jumaat.

Abd Khalid turut memaklumkan antara kesalahan yang dilihat kerap dilakukan ialah tidak memakai pelitup muka dan tidak menggunakan aplikasi My Sejahtera.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Sentuhan Kasih Al Qalam Malaysia (Al-Qalam) Datuk Seri Baharuddin Abu berkata, sumbangan berkenaan secara tidak langsung menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan terutama anggota polis.

Artikel Berkaitan: