India rekod 132,364 kes baharu, 2,713 kematian

Seramai 340,702 orang maut setakat ini di India dengan pertambahan sebanyak 2,713 lagi kematian sejak 24 jam lalu.
Seramai 340,702 orang maut setakat ini di India dengan pertambahan sebanyak 2,713 lagi kematian sejak 24 jam lalu.
A
A
A

MOSCOW - India mencatatkan 132,364 lagi kes baharu Covid-19 dengan jumlah keseluruhan jangkitan kini mencecah 28,574,350, kata Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga pada Jumaat, lapor Sputnik.

Seramai 340,702 orang maut setakat ini dengan pertambahan sebanyak 2,713 lagi kematian sejak 24 jam lalu.

Lebih 26.59 juta orang sudah pulih sejak wabak mula dikesan di India.

Semalam, India mencatatkan 134,154 kes baharu dengan 2,887 kematian.

India menduduki tempat kedua daripada segi jumlah kes Covid-19 di belakang Amerika Syarikat yang mencatat lebih 33.32 juta kes jangkitan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac 2020. Sehingga kini, lebih 172.02 juta orang telah dijangkiti di seluruh dunia dengan lebih 3.69 juta kematian, menurut Universiti Johns Hopkins. - Bernama

Artikel Berkaitan: