Jepun sumbang lebih sejuta vaksin Covid-19 kepada Taiwan

Gambar fail menunjukkan vaksin Covid-19 yang dikeluarkan oleh AstraZeneca. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan vaksin Covid-19 yang dikeluarkan oleh AstraZeneca. - Foto AFP
A
A
A

TOKYO - Jepun menyumbangkan lebih satu juta dos vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca kepada Taiwan, kata Menteri Luarnya, Toshimitsu Motegi kepada pemberita di Tokyo pada Jumaat.

"Kami telah menerima permintaan dari pelbagai negara dan kawasan untuk membekalkan vaksin.

"Ketika ini, kami baru selesai mengaturkan permintaan dari Taiwan. Kami akan menghantar 1.24 dos vaksin keluaran AstraZeneca secara percuma yang dikeluarkan di Jepun," kata Motegi seperti dilaporkan oleh AFP.

Beliau berkata, vaksin itu dijangka tiba di Taiwan pada Jumaat dan dikendalikan oleh pejabat di Taipei.

Dalam pada itu, Taiwan mengalu-alukan sumbangan Jepun itu dan menekankan kedua-dua jiran tersebut berkongsi nilai sejagat tentang demokrasi dan kebebasan.

Sumbangan itu berlaku ketika peningkatan kes Covid-19 selepas kaedah Taiwan menangani penularan Covid-19 dianggap yang terbaik di dunia.

Jangkitan pandemik itu meningkat beberapa minggu lalu kepada hampir 10,000 kes dengan 166 kematian selepas satu kluster Covid-19 yang pada awalnya dikesan dalam kalangan juruterbang pesawat tersebar di kepulauan tersebut.

Taiwan mahu melakukan vaksinasi besar-besaran dalam tempoh beberapa bulan akan datang dengan menubuhkan pusat-pusat vaksin komuniti dengan sasaran menyuntik satu juta dos setiap minggu.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, ia telah menerima hanya 726,600 dos keluaran AstraZeneca, 150,000 vaksin yang dikeluarkan oleh Moderna untuk 23.5 juta penduduknya. - Agensi