Pasaran niaga hadapan emas tidak diniagakan pagi ini

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives tidak diniagakan pada sesi dagangan awal pagi ini.

Pada jam 9.40 pagi Jumaat, bulan semerta Jun 2021 disebut harga pada RM225 segram, Julai 2021 RM230 segram sementara Ogos 2021 dan September 2021 masing-masing ditetapkan pada RM255 segram.

Jumlah dagangan sifar manakala kepentingan terbuka sebanyak lapan kontrak.

Pada jam 9.30 pagi, harga emas fizikal merosot RM2.34 kepada RM240.34 satu gram daripada RM242.68 satu gram pada jam 5 petang Khamis.-Bernama

Artikel Berkaitan: