X

Kindly register in order to view this article
!

UTM hadkan pergerakan pelajar meskipun tamat PKPD

A
A

JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengenakan sekatan keluar masuk kepada semua pelajar di kampus Johor Bahru, bermula esok hingga 14 Jun meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kampus itu yang bermula sejak 21 Mei lepas, tamat hari ini.

UTM menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook memaklumkan, sekatan itu bagi memastikan usaha memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 dapat terus dilaksanakan dan langkah sama sudah dilaksanakan di kampus Kuala Lumpur sejak 1 Jun lepas hingga 14 Jun ini.

Menurut UTM, pergerakan pelajar dalam kawasan kampus adalah dibenarkan kecuali bagi para pelajar yang sedang menjalani proses kuarantin diri di Blok S46/47.

"Bagi pelajar yang memohon untuk keluar atas sebab kecemasan, mereka boleh merujuk kepada pengetua kolej kediaman masing-masing. Permohonan yang telah disokong perlu dimajukan untuk semakan Pengarah Pusat Kesihatan bagi kes berkaitan kesihatan atau Pengarah Keselamatan bagi kes tertentu,” menurut kenyataan itu.

UTM berharap seluruh warga universiti itu memahami keadaan semasa dan terus menyokong segala usaha dalam memastikan kawasan universiti kembali menjadi kawasan zon hijau dan selamat didiami. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!