Polis terima laporan ahli politik diperas ugut

No Image Caption
A
A
A

NILAI - Polis menerima laporan membabitkan seorang ahli politik yang diperas ugut melalui panggilan telefon supaya mendepositkan sejumlah wang ke dalam sebuah akaun.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, jika pengadu tidak mendepositkan wang seperti yang diminta, suspek akan menyebarkan video dan gambar pengadu di media sosial.

"Pada Sabtu lalu, kita menerima laporan daripada ahli politik ini yang memaklumkan beliau diperas ugut.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu," katanya.

Tambahnya, siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengesan suspek.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO Negeri Sembilan minta penjelasan isu video aksi lucah

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan sekumpulan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Negeri Sembilan, meminta seorang pemimpin di negeri itu tampil untuk memberikan penjelasan berhubung penyebaran video aksi lucah yang tular sejak Jumaat lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang penafian dilakukan oleh individu berkenaan kepada semua AJK UMNO Bahagian.

Artikel Berkaitan: