Datasonic dapat kontrak bernilai RM39.75 juta daripada KDN

Datasonic Group Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM39.75 juta daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Datasonic Group Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM39.75 juta daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datasonic Group Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM39.75 juta daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk perkhidmatan penyelenggaraan pusat pemperibadian kad di Jabatan Pendaftaran Negara.

Syarikat itu berkata, anak syarikat milik penuhnya, Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) pada Rabu menerima surat tawaran (LOA) daripada KDN untuk menyediakan perkhidmatan itu selama 24 bulan dari 1 Jun 2021 hingga 31 Mei 2023.

Di bawah syarat LOA itu, DTSB mesti melaksanakan program 'Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs' (PROTEGE) dengan minimum 15 peserta dan memberikan bon pelaksanaan berjumlah RM993,750 kepada KDN, mulai 1 Jun 2021 hingga 31 Mei, 2024.

"Kontrak ini dijangka dapat memberi sumbangan positif terhadap pendapatan dan aset bersih sesaham masa depan kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2022 dan tahun-tahun kewangan selepas itu pada sepanjang tempoh kontrak tersebut," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: