India rekod 132,788 kes baharu, 3,207 kematian

Jumlah keseluruhan korban Covid-19 di India ialah 335,102 orang setakat ini.
Jumlah keseluruhan korban Covid-19 di India ialah 335,102 orang setakat ini.
A
A
A

NEW DELHI - Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di India meningkat kepada 28,307,832 pada Rabu dengan 132,788 kes baharu dilaporkan sejak 24 jam lalu, kata Kementerian Kesihatan.

Selain itu, 3,207 kematian dicatatkan sejak pagi Selasa menjadikan jumlah keseluruhan korban kepada 335,102 orang, lapor Xinhua.

Masih terdapat 1,793,645 kes aktif di negara ini, penurunan 101,875 dalam tempoh sama.

Jumlah kes aktif harian pula menurun beberapa hari lalu, selepas lonjakan berterusan sejak pertengahan April.

Menurut data terbaru Kementerian Kesihatan seramai 26,179,085 orang telah pulih dan dibenarkan keluar hospital.

India memulakan kempen vaksinasi pada 16 Januari, setakat ini lebih 218 juta dos vaksin telah diberikan.- Bernama

Artikel Berkaitan: