X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki maut langgar pokok, kereta hilang kawalan

Keadaan kereta yang remuk selepas terbabas dan melanggar pokok di kanan jalan di KM 14 Lebuhraya Pasir Gudang- Perling pada Selasa.
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya melanggar sebatang pokok dalam kejadian di Kilometer 14 Lebuhraya Pasir Gudang- Perling pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abdul Wahid berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 2.56 petang itu melibatkan seorang lelaki berusia 35 tahun yang memandu Proton Gen-2.

Menurutnya, ketika kejadian keadaan jalan basah kerana selepas hujan dan kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar pokok di kanan jalan.

"Akibat kemalangan itu, mangsa yang tersepit di dalam kenderaan terbabit mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Larkin dengan kekuatan 10 anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa kemalangan yang tersepit," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Rupiah berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!