X

Kindly register in order to view this article
!

Hentikan amalan lantik ahli politik dalam GLC

Akmal Nasir
A
A

JOHOR BAHRU - Amalan melantik pemimpin politik bagi jawatan bukan eksekutif di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pada masa ini perlu dihentikan dan tidak patut diserahkan kepada mereka yang tidak sepatutnya.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, GLC yang berkaitan boleh beroperasi secara profesional dengan kakitangan berkelayakan tanpa perlu campur tangan orang politik.

Menurut beliau, ia bukan sahaja perlu dipraktikkan di Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), tetapi ke atas semua GLC.

"Kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus menjadikan langkah tidak melantik ahli politik sebagai pengarah dalam syarikat tersenarai sebagai peraturan.

"Amalan lantikan ahli politik didakwa sebagai satu bentuk rasuah kerana ia dilihat sebagai meraih sokongan politik serta tiada kelayakan profesional. Budaya lantikan ahli politik ke dalam lembaga pengarah GLC perlu dihentikan segera, sekali gus menyuburkan keyakinan pelabur.

"Kita melihat lebih banyak penilaian sedemikian pada masa depan termasuk kewujudan Indeks Tadbir Urus Korporat supaya orang ramai boleh melihat pencapaian syarikat tersenarai secara telus," katanya dalam satu kenyataan dalam Facebook rasminya pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: GLC bukan habuan orang politik

Sebelum ini, perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd ditamatkan pada 26 Mei lalu.

Surat persetujuan penamatan perkhidmatan Ahli Parlimen Pasir Salak itu dikeluarkan bertarikh 26 Mei 2021 yang ditandatangani oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Keputusan itu dipercayai berikutan terdapat desakan supaya Tajuddin meletakkan jawatan susulan kegagalan dan tiada rasa sensitif semasa mengendalikan sidang akhbar kejadian pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) baru-baru ini.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!