X

Kindly register in order to view this article
!

China wajibkan kerusi keselamatan kanak-kanak

A
A

BEIJING - Undang-Undang Perlindungan Individu Bawah Umur yang dipinda bagi mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak mula dikuatkuasakan secara rasmi pada Selasa.

Pindaan fasal ini kali pertama dimasukkan ke dalam undang-undang kebangsaan negara.

Penggunaan kerusi itu disifatkan kaedah paling berkesan untuk melindungi keselamatan kanak-kanak ketika berada dalam kenderaan.

Menurut Laporan Status Keselamatan Jalan Sejagat 2018 yang diedarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak mampu mengurangkan kes kematian sekurang-kurangnya sehingga 60 peratus.

Daripada 175 negara yang menyertai kaji selidik itu, terdapat 84 negara menguatkuasakan undang-undang berkaitan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Menurut perkara 18 Undang-Undang Perlindungan Individu Bawah Umur China, ibu bapa atau penjaga wajib "menyediakan kerusi keselamatan kanak-kanak dan mendidik golongan di bawah umur mematuhi peraturan trafik bagi mengelakkan kemalangan".

Sehingga kini, beberapa bandar seperti Shanghai, Shenzhen dan Suzhou telah mewajibkan penggunaannya.- Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!