NS larang bawa masuk lembu, kerbau dari luar

Penyakit kulit kental (LSD) yang menjangkiti ternakan lembu dan kerbau sebagaimana dikesan berlaku di Perak tidak menular sehingga ke Negeri Sembilan.
Penyakit kulit kental (LSD) yang menjangkiti ternakan lembu dan kerbau sebagaimana dikesan berlaku di Perak tidak menular sehingga ke Negeri Sembilan.
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan negeri tidak membenarkan sebarang urusan pergerakan membawa haiwan ternakan lembu atau kerbau daripada luar ke Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia bagi memastikan penyakit kulit kental (LSD) yang menjangkiti ternakan lembu dan kerbau sebagaimana dikesan berlaku di Perak tidak menular sehingga ke Negeri Sembilan.

Katanya, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada Pengarah Jabatan Vaterinar negeri untuk diberi perhatian berhubung perkara itu dengan penuh teliti.

"Setakat hari ini kita tidak menerima sebarang laporan mengenai penularan penyakit kulit pada haiwan ternakan di negeri ini, tetapi kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan penyakit tersebut.

"Saya sudah minta Exco dan Pengarah Vaterinar untuk memberi perhatian mengenai perkara tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media melalui webinar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri pada Rabu.

Pada Selasa, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Perak, mengesan penularan penyakit LSD yang menjangkiti ternakan lembu dan kerbau di negeri itu.

ARTIKEL BERKAITAN Penyakit kulit serang lembu, kerbau di Perak

Bagaimanapun, orang ramai diminta tidak panik dengan situasi tersebut kerana pihak JPV mengesahkan bahawa penyakit itu tidak menjangkiti manusia.

Artikel Berkaitan:

Penularan tersebut dikesan berlaku di beberapa negara Asia lain seperti Thailand, Vietnam dan sebagainya namun baharu dikesan di negara ini.