X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Jangan terlalu berharap Benzema

Benzema (kiri) berkata sesuatu kepada Deschamps semasa sesi latihan Les Bleus di Clairefontaine-en-Yvelines, Perancis pada 31 Mei lalu.
A
A

PEMAIN Perancis diingatkan supaya tidak bergantung harap kepada Karim Benzema sekiranya Les Bleus berhasrat untuk menjulang kejuaraan Euro 2020, tiga tahun selepas membawa trofi Piala Dunia ke Paris.

Malah menurut Kapten Les Bleus, Hugo Lloris, kehadiran watak penting tonggak Real Madrid tersebut membentuk skuad Perancis yang seimbang pada kejohanan tersebut.

“Skuad Perancis kini kembali seimbang dengan kehadiran semula pemain berpengalaman seperti Benzema, namun semua pemain perlu mengambil peranan dalam melaksanakan tanggungjawab.

“Semua pemain perlu memberikan aksi terbaik masing-masing dan bukan bergantung harap terhadap seorang pemain dalam setiap perlawanan kerana bola sepak permainan berpasukan,” kata penjaga gol berusia 34 tahun tersebut.

Peledak Los Blancos itu sebelum ini dikejutkan dengan perkhabaran gembira apabila direkrut semula pengendali Perancis, Didier Deschamps dalam memperkuatkan cabaran Les Bleus pada Euro 2020 selepas disisihkan lebih lima tahun.

Dalam pada itu, Deschamps senada dengan Lloris apabila menegaskan semua pemain termasuk Benzema perlu memberikan yang terbaik kepada Perancis dalam kejohanan berprestij negara Eropah tersebut.

“Persembahan Perancis sebenarnya bergantung kepada sumbangan setiap pemain-pemain. Jentera tengah, pertahanan turut memainkan peranan penting dalam menyokong bahagian serangan sebagai satu unit pasukan,” katanya.

Perancis diundi bersama Jerman, Hungary dan juara bertahan Portugal dalam Kumpulan F.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!