Konsert besar-besaran dihadiri 5,000 penonton uji vaksin Covid-19

Konsert besar-besaran dianjurkan di Barcelona dihadiri 5,000 orang.- Foto Reuters
Konsert besar-besaran dianjurkan di Barcelona dihadiri 5,000 orang.- Foto Reuters
A
A
A

BARCELONA - Penyelidik di Sepanyol mendapati tiada tanda penularan jangkitan Covid-19 kepada 5,000 individu yang telah divaksin dalam satu kajian penganjuran konsert secara besar-besaran di Barcelona dekat sini.

Menerusi laporan BBC, konsert gig itu juga tidak patuhi penjarakan sosial dan membenarkan pengunjung berada dalam kedudukan rapat antara satu sama lain bagaimanapun dengan syarat memakai pelitup muka sebagai langkah keselamatan.

Selepas tempoh 14 hari, kira-kira 5,000 mengambil ujian saringan Covid-19 dan hasil kajian mendapati enam orang sahaja disahkan positif.

Bagaimanapun empat daripada jumlah enam individu itu disahkan mendapat jangkitan dari tempat lain dan bukan dari konsert berkenaan.

Menurut pakar penyakit berjangkit, Josep Maria Llibre, tidak ada tanda yang menunjukkan penularan Covid-19 terjadi semasa acara itu berlangsung.

Kumpulan gig yang turut menyertai 'eksperimen' mengucapkan terima kasih kepada penganjur dan penasihat saintifik yang terlibat secara langsung dalam menjayakan konsert berkenaan dan berharap hasil uji kaji itu dapat dimanfaatkan oleh seluruh negara.

Difahamkan, konsert itu merupakan salah satu perhimpunan terbesar yang dianjurkan di Eropah semenjak pandemik Covid-19 melanda dunia.

Dalam pada itu, kajian yang sama juga dilakukan di Netherlands pada Mac lepas dengan dihadiri seramai 1,500 orang.

Artikel Berkaitan: