Anak Krakatau bangkit kembali, sejarah hitam 2018 bakal terjadi?

Anak Krakatau kini berada pada Tahap III (Siaga) yang menandakan ancaman gunung berapi itu masih tinggi dengan aktiviti vulkaniknya terus dipantau rapi oleh pihak berkuasa.
Anak Krakatau kini berada pada Tahap III (Siaga) yang menandakan ancaman gunung berapi itu masih tinggi dengan aktiviti vulkaniknya terus dipantau rapi oleh pihak berkuasa.
A
A
A

LEBIH 140 tahun selepas letusan dahsyat, nama Krakatau yang pernah menggegarkan dunia kembali menjadi perhatian seluruh dunia.

Pada Ogos 1883, Krakatau meletus dengan amat dahsyat sehingga memusnahkan sebahagian besar pulau asalnya. Letusan berkenaan turut mencetuskan tsunami besar yang mengorbankan lebih 36,000 nyawa, sekali gus menjadikannya antara bencana gunung berapi paling membinasakan pada abad ke-19.

Namun, kisah Krakatau tidak berakhir dengan tragedi dahsyat pada 1883. Beberapa dekad kemudian, tanda-tanda aktiviti gunung berapi kembali muncul yang terbentuk dari dasar laut dikenali sebagai Anak Krakatau.

Sejak kemunculannya, ia terus menunjukkan aktiviti vulkanik, seolah-olah mewarisi sifat Krakatau yang pernah menggemparkan dunia. Kini, gunung berapi yang lahir daripada tragedi itu kembali menarik perhatian apabila ia ‘bangkit’ semula dan mengganas.

Pada awal bulan lalu, Anak Krakatau mengalami letusan yang berlarutan selama kira-kira 25 jam, menghasilkan kepulan awan abu tebal yang menjejaskan lebih 1,500 penerbangan dan menyebabkan kira-kira 170,000 penumpang terkandas akibat ‘amukan’ gunung berapi tersebut.

Aktiviti vulkanik itu turut menyebabkan abu gunung berapi tersebar jauh dari kawasan sekitar Krakatau, sekali gus memberi impak kepada kegiatan harian penduduk di beberapa wilayah di Indonesia.

Kejadian terbaharu itu meninggalkan satu persoalan besar: Adakah Anak Krakatau bakal mengulangi sejarah hitam pada 22 Disember 2018?

Anak Krakatau pernah mencetuskan tragedi apabila sebahagian cerunnya runtuh ke laut lalu menghasilkan gelombang tsunami di Selat Sunda yang melanda pantai Banten dan Lampung hingga mengorbankan lebih 400 nyawa.

Kejadian lapan tahun lalu membuktikan bahawa runtuhan cerun gunung berapi ke laut mampu mencetuskan tsunami tanpa gempa bumi kuat.

Artikel Berkaitan:

Anak Krakatau kini berada pada Tahap III (Siaga) yang menandakan ancaman gunung berapi itu masih tinggi dengan aktiviti vulkaniknya terus dipantau rapi oleh pihak berkuasa.

Krakatau bukan sekadar menggerunkan kerana impak letusannya, tetapi kerana ancamannya boleh muncul dalam pelbagai bentuk yang sukar dijangka.

Justeru, apabila Anak Krakatau kembali aktif, ia bukan bermakna bencana dahsyat itu pasti berulang. Sebaliknya, ia menjadi peringatan bahawa gunung berapi yang pernah mengubah dunia itu masih ‘hidup’.

Krakatau mungkin telah kehilangan bentuk asalnya selepas letusan lebih seabad lalu, tetapi ancamannya belum benar-benar berakhir. Di sebalik laut yang tenang, tersembunyi 'anaknya' yang berpotensi mencetuskan kemusnahan besar dalam sekelip mata.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!