X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 18 Januari 2022

Kelulusan WHO terhadap vaksin Sinovac tingkatkan keyakinan: Khairy

Khairy Jamaluddin Abu Bakar
A
A

PUTRAJAYA - Kelulusan vaksin Covid-19, CoronaVac oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meningkat keyakinan global terhadap pelalian keluaran syarikat Sinovac.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, bekalan 12 juta CoronaVac dapat menjamin manfaat terhadap 18 peratus penduduk.

"Ia selamat dan berkesan," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Rabu.

Sebelum ini, Malaysia memutuskan untuk menggunakan CoronaVac yang dibeli secara pukal daripada Sinovac sebelum dibotolkan oleh syarikat farmaseutikal tempatan, Pharmaniaga LifeSience Sdn Bhd.

Sebanyak 290,480 bebuli (vial) telah diserahkan Pharmaniaga kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk diagihkan ke pusat pemberian vaksin (PPV) seluruh negara.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!