Sistem pembetungan punca udara tercemar?

Novarajaeion menunjukkan lubang pembetungan di luar kediamannya.
Novarajaeion menunjukkan lubang pembetungan di luar kediamannya.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang penduduk di Taman Rasah di sini, mendakwa alami masalah kesihatan berikutan pembetungan di kawasan tersebut.

Novarajaeion, 56, yang tinggal menyewa di situ sejak setahun lalu berkata, aduan telah dibuat kepada pihak berwajib sejak awal tahun ini.

“Sejak beberapa bulan ini, saya dan isteri alami simptom tiada selera makan, penyakit kulit, sesak nafas dan sakit mata.

“Saya percaya simptom ini disebabkan pencemaran udara dari pembetungan itu kerana selama ini saya tiada masalah kesihatan lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, dia yang sebelum ini bekerja sebagai jurutera turut membuat kajian menerusi internet bagi mengenal pasti faktor simptom dialami dan hasil diperoleh ternyata kesan berkenaan ada kaitan pencemaran.

Pada masa sama, dia yang kini mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Seremban masih menunggu keputusan perubatan.

“Saya diberitahu yang kali terakhir servis pembetungan oleh Indah Water Konsortium (IWK) dibuat di rumah ini pada 2005.

“Tapi pagi tadi (semalam) IWK datang ke rumah buat pemeriksaan dan tiba-tiba saya diberitahu kali terakhir dibuat pada 2015. Macam mana pula kenyataan boleh berubah-ubah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan ketika dihubungi berkata, akan mengarahkan pihak berkenaan menyiasat perkara itu.