Undi tak percaya: Tun M nak tengok Pas sokong atau tak

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memeriksa kawalan kehormat utama Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di Dataran Wisma Pertahanan sempena lawatan rasmi beliau, hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memeriksa kawalan kehormat utama Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di Dataran Wisma Pertahanan sempena lawatan rasmi beliau, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad 'tertunggu-tunggu' sama ada undi tidak percaya terhadap beliau akan berlaku seperti dakwaan Pas.

Katanya, jika ia berlaku, beliau ingin melihat sokongan Pas terhadapnya sebagaimana yang telah diakui oleh parti Islam itu sebelum ini.

"Saya tunggulah kalau ada undi tak percaya, nak tengok Pas sokong saya atau tidak," katanya kepada media selepas lawatan rasmi ke Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pas bahawa parti itu akan menyokong Dr Mahathir sekiranya berlaku undi tidak percaya di Parlimen.

Pada 17 Februari lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa kononnya terdapat dua parti dalam PH mungkin merancang untuk membelot terhadap Dr Mahathir.

Takiyuddin yang menjawab kontroversi pertemuan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Perdana Menteri menjelaskan, persetujuan bertulis parti itu sebenarnya draf ikrar menyokong Dr Mahathir jika parti komponen PH memulakan undi tidak percaya terhadap beliau.

Bagaimanapun, dakwaan Pas itu dinafikan pemimpin-pemimpin PH antaranya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Mohamad yang juga Presiden Amanah.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng cabar Takiyuddin kemukakan bukti

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada seorang pemimpin PH bertanya sendiri kepada Dr Mahathir

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahu Pas cakap betul ke bohong: Anwar