Tak tahu Pas cakap betul ke bohong: Anwar

Anwar ketika bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan Syarahan Darul Ehsan 2019 di Universiti Selangor, hari ini.
Anwar ketika bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan Syarahan Darul Ehsan 2019 di Universiti Selangor, hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] PKR tidak pasti sama ada kenyataan dibuat Pas berhubung sokongan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad benar atau bohong.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata. tanggapan itu susulan tindakan parti Islam itu dihalalkan berbohong sebelum ini.

"(Pas akan sokong Dr Mahathir kalau berlaku pengkhianatan dalam PH) Itu kata Pas lah. Kalau dia boleh... dihalalkan bohong, jadi kita tak tahu pendirian itu bohong ke betul, saya tak tahu. Kena tanya dialah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Syarahan Darul Ehsan 2019 di Universiti Selangor, hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan mendakwa dua parti komponen PH mungkin merancang untuk menyingkirkan Dr Mahathir melalui undi tidak percaya di Parlimen.

Sehubungan itu Pas berikrar memberi sokongan kepada Dr Mahathir dalam pertemuan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Jumaat lalu.

Menyentuh soal dakwaan dua parti dalam PH bersekongkol itu, Anwar berkata, dakwaan itu hanya naratif Pas untuk mengelak tumpuan terhadap kes siasatan RM90 juta.

“Saya tak layan kerana dalam berhubung dengan Perdana Menteri perkara ini tidak berbangkit oleh parti-parti dalam PH.

“(PKR perlu bimbang? Tidak ada. Tidak berbangkit langsung dan tidak ada perbincangan dalaman. Ini soal Pas apa lagi modalnya untuk elak fokus rakyat tentang RM90 juta dan (isu) wajib bohong yang dibicarakan mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pas sebelum ini menjadi tumpuan susulan pendedahan Ahli Parlimennya, Nik Mohammad Abduh Nik Abd Aziz bahawa beliau dibenarkan menafikan kesahihan berkenaan rakaman suaranya yang tersebar sebelum PRU14 lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Saya diminta nafikan audio itu: Nik Abduh

Dalam pada itu, Anwar menyifatkan tiada keperluan untuk beliau membangkitkan soal dakwaan bakal berlaku pembelotan dalam PH kepada Dr Mahathir.

“Saya tak rasa itu perlu sebab ia bukan isu melainkan Perdana Menteri yang bangkitkan isu ini kepada saya.

“Saya tidak berhubung dengan parti lain (mengenai isu ini). Tiada siapa yang nak komen sebab tak rasa ini isu pun,” katanya.