Tiga lelaki direman bantu siasatan mayat terapung dalam sungai

Tiga suspek dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin selepas mendapat perintah reman selama tujuh hari sehingga 6 Jun bagi membantu siasatan kes bunuh.
Tiga suspek dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin selepas mendapat perintah reman selama tujuh hari sehingga 6 Jun bagi membantu siasatan kes bunuh.
A
A
A

IPOH - Tiga individu direman bagi membantu siasatan kes bunuh susulan penemuan satu mayat lelaki terapung di Sungai Kinta, di sini pada 27 Mei lalu.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ipoh, Azuratul Akmar Abdul Ghafar pada Isnin yang membenarkan suspek direman selama tujuh hari sehingga 6 Jun depan.

Ketiga-tiga lelaki tersebut yang berusia di antara 21 hingga 34 tahun tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Ipoh kira-kira jam 10.40 pagi diiringi anggota polis.

Mereka direman bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada 27 Mei lalu, mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Kinta, di sini dalam keadaan mengerikan dipercayai dibunuh.

Dalam kejadian sekitar jam 6 petang itu, mangsa warga tempatan berusia 40 tahun ditemui orang awam yang kemudiannya bertindak mengikat tangan mangsa kepada sebatang kayu bagi mengelakkannya terus hanyut sebelum melaporkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abd Aziz berkata, mangsa ditemui hanya memakai seluar selain keadaan muka dan bahu hingga lengan tangan kiri hancur.

Artikel berkaitan: Mayat terapung di Sungai Kinta dipercayai dibunuh

Artikel Berkaitan: