Polis siasat dakwaan wanita persenda agama Islam

Rakaman video seorang pengasas kosmetik wanita dari Pasir Mas yang tular didakwa mempersendakan dan mempermainkan Islam. Gambar kecil: Abdul Rahim
Rakaman video seorang pengasas kosmetik wanita dari Pasir Mas yang tular didakwa mempersendakan dan mempermainkan Islam. Gambar kecil: Abdul Rahim
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kota Bharu mengesahkan menerima laporan mengenai seorang pengasas kosmetik yang didakwa mempersenda dan mempermainkan agama Islam.

Usahawan itu dikatakan mengeluarkan kenyataan 'tidak suka sembahyang dan semua orang tidak sembahyang pada tahun 2021' menerusi satu rakaman video yang tular sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, laporan polis dibuat oleh seorang lelaki berusia 52 tahun dari Jalan Salor, di sini pada jam 10.25 pagi Ahad.

“Lelaki berkenaan melihat rakaman itu selepas dikongsi di aplikasi kumpulan WhatsApp pada jam 8 malam.

“Tindakan suspek dianggap mempersendakan dan mempermainkan agama Islam yang boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Selain itu katanya, berdasarkan semakan terhadap rakaman video berdurasi 33 saat memaparkan percakapan suspek seolah-olah mempersendakan solat dan bacaan surah Yasin.

“Kes disiasat mengikut seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Media melaporkan, suspek sebelum ini kerap mencetuskan kontroversi antaranya membuka seluar hingga menampakkan kemaluan menerusi rakaman di laman sosial ketika menjual produknya malah pernah dituduh di Mahkamah Majistret Kota Bharu berkait kes membelasah dan mencabul seorang wanita lima tahun lalu.

Artikel Berkaitan: