Pasar Siti Hajar bebas Covid-19

MDPP melakukan sanitasi setiap hari di Pasar Siti Hajar bagi mengekang penularan Covid-19. - Foto MDPP
MDPP melakukan sanitasi setiap hari di Pasar Siti Hajar bagi mengekang penularan Covid-19. - Foto MDPP
A
A
A

PASIR PUTEH - Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) pada Sabtu menafikan berlaku penularan Covid-19 di Pasar Siti Hajar di sini seperti yang tular di media sosial sebelum ini.

Setiausaha MDPP, Azman Md Nawi memaklumkan, setakat ini hanya seorang peniaga yang dikesan positif Covid-19 tetapi sudah seminggu dia tidak hadir ke pasar itu sebelum disahkan positif.

"MDPP sentiasa mengambil serius isu ini malah kawasan pasar setiap hari disanitasi bagi mengelakkan penularan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Tular satu maklumat mengatakan tiga peniaga di Pasar Siti Hajar dijangkiti Covid-19 sehingga mencetuskan kegusaran orang awam menyebabkan mereka mempersoalkan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mengambil sebarang tindakan bagi mengekang penularan wabak itu termasuk menutup operasi.

Beliau berkata, dalam masa sama, sekiranya ada peniaga yang mempunyai gejala diharap segera membuat ujian saringan dan melakukan kuarantin kendiri.

Azman berkata, orang ramai tidak perlu panik dan jangan mudah percaya kepada berita tular yang belum sahih.

Artikel Berkaitan: