Sabah ikut ketetapan MKN laksana 'total lockdown'

Gambar hiasan - Foto Fail Sinar Harian
Gambar hiasan - Foto Fail Sinar Harian
A
A
A

KOTA KINABALU - Sabah turut memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau 'total lockdown' seperti yang diumumkan menerusi kenyatan media Pejabat Perdana Menteri pada petang Jumaat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan Sabah menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan melaksanakan total lockdown selama dua minggu mulai 1 hingga 14 Jun 2021 sesuai dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Kerajaan negeri juga memutuskan untuk melaksanakannya di negeri Sabah kerana langkah ini diperlukan untuk membendung peningkatan jangkitan Covid-19 di negeri ini.

"Sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang dibenarkan akan diumum dalam prosedur operasi standard (SOP) yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan ringkas pada malam Jumaat.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan media bahawa sidang khas MKN mengenai pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown fasa pertama di seluruh negara selama dua minggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Total lockdown di seluruh negara bermula 1 Jun

Artikel Berkaitan: