Status FB Ismail Sabri cetus tanda tanya

Status yang dimuat naik oleh Ismail Sabri di Facebooknya pada 6.07 petang.
Status yang dimuat naik oleh Ismail Sabri di Facebooknya pada 6.07 petang.
A
A
A

SHAH ALAM - Status yang dimuat naik oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung cadangan baharu untuk mengatasi peningkatan kes Covid-19 menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Berdasarkan status Facebook yang dimuat naik pada pada jam 6.07 petang itu, beliau berharap agar semua pihak mendoakan cadangan itu jadi kenyataan.

Bagaimanapun, Ismail Sabri tidak menyatakan secara terperinci mengenai cadangan tersebut.

“Saya ambil maklum bilangan kes yang meningkat mendadak hari ini. Langkah yang perlu diambil dalam situasi begini bukanlah jalan paling mudah, tapi jalan yang terbaik untuk keselamatan kita bersama.

“Saya dah bawa cadangan ini ke atas, doakan semoga ada sinar untuk semua. #PakLongMailMendengar,” katanya pada Jumaat.

Pada Jumaat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 8,290 kes positif direkodkan dan pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 549,514.

Pelbagai pihak mencadangkan untuk kerajaan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh bagi mengawal penularan wabak Covid-19.

Pada 20 Mei, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa PKP penuh dikuatkuasakan di seluruh negara dengan syarat kerajaan perlu menanggung kos termasuk menyediakan makanan cukup untuk seluruh rakyat.

Artikel Berkaitan:

Kata Dr Mahathir, langkah kerajaan adalah tepat untuk memperkenalkan semula PKP sehingga 7 Jun depan, namun pelaksanaan PKP kali ini tidak lagi ketat berbanding pelaksanaan pada kali pertama.