X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 23 Januari 2022

21 mukim di Kuala Terengganu dikenakan PKPD bermula Ahad

Ismail Sabri
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 21 mukim dalam daerah Kuala Terengganu, Terengganu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Ahad ini hingga 12 Jun bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan mukim Manir, Bukit Besar, Pengadang Buluh, Belara, Paloh, Kubang Parit, Serada, Rengas, Chendering, Bandar, Chabang Tiga, Kepong, Gelugur Kedai, Kuala Ibai, Atas Tol, Tok Jamal, Losong, Batu Buruk, Pekan Chabang Tiga, Pulau Pulau dan Gelugur Raja.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati berlaku peningkatan kes yang amat ketara sepanjang Mei lepas iaitu 349 kes atau 370 peratus bagi tempoh dua minggu di semua lokaliti tersebut.

“Selain itu, 46 kes positif Covid-19 direkodkan hasil saringan bergejala dan ia dikesan di hampir semua mukim dalam daerah Kuala Terengganu.

“Pelaksanaan PKPD itu untuk menyekat pergerakan dan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut,” katanya dalam kenyataan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jumaat.

Manakala di Sabah dua lokaliti Kampung Pasir Putih Blok B, PPR Taman Sri Balung dan Kampung Baru Pasir Putih di Tawau turut dilaksanakan PKPD.

Selain itu, beliau berkata, turut dikenakan PKPD adalah di Felda Jengka 24, Jerantut, Kampung Baru Melayu, Bentong; Taman Sinar Harapan Tampoi, Johor Bahru; Taman Pertama dan Taman Serendah, Sabak Bernam.

AKAN MENYUSUL


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!